Saturday, 16 June 2012

TANAMAN PADI DI KAMPUNG PINTASAN KOTA BELUD, SABAH

PENGUSAHA PADI EN. SAIBOL

Nampak wajah kegembiraan pengusaha En. Saibol Dengan Stokis MSG di KB en. Zaki

gambar di ambil sehari sebelum di tuai pada 16/06/2012

Padi Yang Cantik Tunduk tanda Berisi bah

Monday, 11 June 2012

PENTINGNYA BAJA PADA TANAMAN

BAJA Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian. Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber). Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan. Baja diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur lain seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) turut digunakan berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun nitrogen boleh didapati di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan kecil tumbuhan (contohnya kekacang) yang melakukan proses ikatan nitrogen (proses penukaran nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida). Hampir semua tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih untuk tumbuh subur. PEMBAJAAN Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan(nitrigen,phosphorus,kalium) kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi kehendak tumbuhan itu sendiri. Selain dari itu pembajaan juga bertujuan untuk mendapat; Pembajaan pengurusan Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau beberapa kali. Namun bagitu pembajaan setiap selepas setiap pemotongan atau ragutan adalah disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Pengunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang sangat digalakan. Ia bukan sahaja berkesan malah tanpa sebarang kos. BAJA NITROGEN ( N ) Nitrogen (N) adalah zat pemakanan yang terpenting, ia adalah komponen utama protein. Nitrogen bertanggungjawab didalam pengeluaran klorofil, seterusnya terlibat didalam proses-proses tumbesar serta didalam pembinaan struktur vegetatif dan buah. Kebanyakan Nitrogen yang diserap oleh tumbuhan dalam bentuk Nitrat, manakala sebahagian yang lain dalam bentuk ion Amonium dan urea. Setelah diserap Nitrat diturun menjadi Amonium N (NH4±N) NH4±N yang terbentuk menghasilkan asid glutamik, seterusnya membentuk lebih 100 jenis asid amino. Rangkaian asid amino ini membentuk protein. Protein yang terbentuk didalam sel-sel tumbuhan kebanyakannya berfungsi sebagai enzim yang mengatur tugas-tugas tertentu didalam tumbuhan. Bekalan Nitrogen yang mencukupi membolehkan tumbuhan tumbuh dengan cepat dan hijau. Kuantiti N yang berlebihan boleh melanjutkan tempoh kematangan pokok. Tumbuhan yang mengalami kekurangan N akan terencat dan berwarna kuning, warna kuning atau klorosis biasanya bermula di bahagian bawah daun. Simptom ini bermula pada hujung daun merebak ketulang daun. Kuantiti N didalam daun dikira dalam peratus (%) dan kuantiti protein kasar (PK) boleh dikira dengan formula PK (%) = 6.25 x % N. BAJA POSFORUS ( P ) Keperluan Posforus (P)  oleh pokok adalah sedikit jika dibandingkan dengan N dan Kalium (K). Kebanyakan P diserap dalam bentuk ion ortofodfat primer H2PO4 Manakala selebihnya adalah ion ortofodfat sekunder HPO4, ion pirofosfat dan ion metafosfat. Penyerapan ion-ion ini dipengaruhi oleh pH medium di keliling akar. Jika pH rendah ion H2PO4 diserap manakala ion HPO4 diserap pada pH tinggi. P adalah juzuk asid muklik, fitin dan fodfolipid, P diperlukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi perkembangan primordia terutamanya akar. P juga boleh mempercepatkan kematangan tanaman., bekalan P juga boleh menambah keliatan tanaman bijirin serta meningkatkan ketahanan kepada serangan penyakit. Amalan biasa bagi penanaman pastura, pembajaan P diberi secukupnya sebagai baja permulaan, dan unsur P  biasa diperolehi dari baja  CIRP, GRP, TSP dan sebagainya yang menpunyai kandungan P yang berbeza-beza. BAJA KALIUM (K) Unsur Kalium  (potassium) ialah ketiga pentingnya, unsur ini diserap sebagai ion K, Baja kimia kalium yang digunakan ialah garam kalium larut seperti kalium kelorida, kalium sulfat, kalium nitrat, kalium magnesium silfat. Tidak seperti N,P dan S. Kalium tidak merupakan juzuk utama protoplasma dan selulos, tetapi ia bertindak sebagai mangkin fungsi-fungsi fisiologi tertentu seperti:- 1.    Metabolisma karbohaiderat, pembentukan, penguraian dan pengaliran kanji 2.    Metabolisma nitrogen dan sintesis protein 3.    Pengawalan serta pengaturan unsur-unsur mineral tertentu 4.    Peneutralan asid-asid organik penting 5.    Pengaktifan enzim 6.    Perkembangan tumbesaran tisu meristem 7.    Penyelarasan pergerakan stomata dan pengaliran air Tumbuhan memerlukan banyak kalium, simptom kekurangan unsur ini biasanya ditunjukkan pada daun disebelah bawah. Kekurangan kalium juga menyebabkan jerami pada tanaman bijirin menjadi rapuh, menyebabkan tanaman tersebut rebah. Satu perkara yang penting ialah peranan kalium dalam mengekalkan bekalan air yang cukup bagi tumbuhan. Pengekalan kesegaran tumbuhan adalah perlu supaya proses-proses fotosintesis dan metabolisma berfungsi dengan baik Fungsi yang tidak kurang pentingnya juga ialah kalium didalam metabolisma haiwan ialah didalam penghasilan arus bioelektrik. Hasil daripada metabolisma sel menyebabkan ion-ion kalium K didalam sel mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan ion-ion  Na  diluar membran sel. Bezanya kepekatan ion ini akan menghasilkan arus bioelektrik yang akan melibatkan utusan saraf.

SAWIT DI KINABATANGAN, SANDAKAN

LADANG SAWIT YANG DI USAHAKAN OLEH EN. BACOH

Masalah En. Bacoh anak sawit terlalu kuning sehinggakan pokok sawit tersebut hampir mati


Penyiraman bermula pada 06/05/2012


Selepas membuat penyiraman

Hasil yang nampak selepas 2 minggu


baja foliar MSG selepas di gunakan


Daun yang hijau selepas menggunakan baja foliar MSG

Daun yang cantik





Yang baru di siram oleh baja merah

Saturday, 2 June 2012

PEJABAT PENGEDAR BAJA FOLIAR SEMI-ORGANIK "MEKAR SUPER GROW"

lokasi pejabat yang di buka pada 01/06/2012 di Kingfisher Plaza Kota Kinabalu


Lot 37, no.13-0, Ground Floor.
Block A, Lorong Plaza Kingfisher 3,
Plaza kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.
Tel : 017-808 7388 


TANAMAN PISANG

sepokok pisang boleh mengeluarkan dalam 16 sisir pisang cuba lah hari ini

wow banyak nyer sisir pisang ni selepas menggunakan MSG merah

Lihat lah betapa syok sisir pisang tu



SAWIT YANG MEMBUAH HASIL LUMAYAN

TANAMAN SAWIT YANG HASILNYA MENAKJUBKAN CUBA LAH HARI INI

tandan lebih berat selepas menggunakan MSG

tengah siram pokok usia 2 tahun



Keciaan terbayang dari senyuman tandan yang besar selepas tuai

sungguh beratnya buah ni



TAPAK SEMAIAN BENIH GETAH

Tapak semaian ini menggunakan baja foliar MSG ai menggunakan sistem fertigasi dan tray

semaian benih getah menggunakan sistem fertigasi tray

hasil yang di keluar dalam usia kurang dari 2 minggu

daun menjadi hijau akibat di siram baja foliar MSG


TANAMAN GETAH YANG SUBUR

TANAMAN GETAH YANG MENGGUNAKAN BAJA FOLIAR MSG

torehan yang senang lembut selapas menggunakan baja foliar MSG

Selepas menggunakan baja foliar MSG


Tidak cukup 1 mangkuk sekarang selapas menggunakan Baja Foliar MSG sudah jadi 2 mangkuk