Sunday 15 April 2012

KISAH BENAR

"Baja Foliar Mekar Super Grow memang tidak bertoksid bahhh..."


Pada 10/04/2012 krew kami telah mengadakan lawatan susulan dan aktiviti promosi kepada pengguna-pengguna baja foliar Mekar Super Grow di kawasan Kundasang, daerah Ranau. Sungguh memeranjatkan kami bahawa menurut En. Louis, seorang daripada rakannya telah meminum satu penutup kecil baja foliar ini untuk membuktikan Mekar Super Grow tidak toksid kepada manusia."Mekar Super Grow memang tidak bertoksid bahh...", katanya. Namun, apa yang penting kepada kami adalah En. Louis telah menggunakan baja ini hampir 4 bulan sehingga hari ini dan dia amat gembira kerana hasil tanaman kubis beliau telah meningkat 1 kali ganda daripada sebelum ini, setelah menggunakan baja foliar Mekar Super Grow. Syabas diucapkan! Perhatian:baja foliar ini dicipta dan hanya sesuai kepada tanaman walaupun ia tidak bertoksid kepada manusia....  

No comments:

Post a Comment