Monday 28 May 2012

BAJA FOLIAR SEMI-ORGANIK MEKAR SUPER GROW

M.S.Grow merupakan baja cecair yang diperkuatkan dengan formulasi baru, kaya dengan makronutrien, mikonutrien, Asid Humik, dan Ekstrak Acadian Seaweed. Ia mesra alam dan membantu tumbesaran pokok-pokok, sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-bungaan. Di samping memperbaiki kualiti tanah, ia juga meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman. KANDUNGAN Makronutrien: Nitrogen, Fosforus, Natrium, Kalium, Magnesium, Kalsium Mikronutrien: Besi, Mangan, Kuprum, Zink, Boron, Molibdenum Nutrien Tambahan: Asid Humik dan Ekstrak Acadian Seaweed FUNGSI Makronutrien: Membantu tumbesaran tumbuh-tumbuhan, meningkatkan kualiti buah dan daun, serta meningkatkan penghasilan biji dan buah Mikronutrien: Penting bagi pembentukan klorofil dan diperlukan untuk fungsi enzim-enzim. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan/pembiakan tanaman, pembentukan dinding sel, pengambilan kalsium, serta pergerakan hormon Nutrien Tambahan:  ASID HUMIK dapat mengukuhkan tumbesaran tanaman, membantu penyerapan nutrien, sertamemperbaiki kualiti tanah EKSTRAK ACADIAN SEAWEED menambahkan kesuburan, nutrisi, dan kualiti tanaman. Ia juga mengandungi asid alginik yang bertindak sebagai perapi tanah, memperbaiki keupayaan tanah untuk menakung air dan membantu pembentukan struktur tanah CIRI-CIRI Menambah ketahanan tanaman terhadap penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan fungus Membantu tanaman berbunga dan berbuah, serta mengurangkan keguguran awal Meningkatkan kadar fotosintesis dalam daun dan merangsang penyerapan nutrien akar tanaman Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman Tidak bertoksik dan mesra alam Mengandungi unsur asas baja makro (N:P:K) dan makro elemen iaitu untuk penyuburan pokok, daun, menggalakkan pertumbuhan akar, penyuburan bunga, putik dan buah, M.S.Grow juga merupakan baja semburan yang mesra alam, tanpa racun, tidak memberi kesan sampingan kepada tanah dan juga selamat. Jika dilihat daripada sejarahnya, baja semburan telah mula digunakan di kalangan negara-negara maju sejak tahun 1953 lagi. Malah menurut laporan kajian Profesor Donald Howard dari kumpulan Sains Tumbuhan dan Tanah, Pejabat Pengajian Sains, Tennessee, Amerika Syarikat (AS), baja semburan bukan saja menambah hasil pungutan tetapi juga meningkatkan keuntungan. Merupakan produk 100 keluaran tempatan , M.S. Grow dilihat mampu memberikan hasil yang baik seperti isi yang berkualiti, saiz yang berbeza serta rasanya yang enak. ''Untuk produk baja M.S. Grow, kami menyediakan dua jenis iaitu M.S. Grow hijau (N21 P21 K21) untuk membesarkan tanaman dan melebarkan daun manakala M.S.Grow merah (N12 P25 K30) untuk melebihkan bunga dan melebatkan buah. ''Selain kedua-duanya mesra alam, M.S. Grow hijau sesuai digunakan pada peringkat pertumbuhan pokok dan tanaman manakala M.S. Grow merah pula sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan buah. PENGGUNAAN Goncang sebelum guna Jangan sembur di bawah matahari terik Disyorkan penyemburan pada waktu pagi atau sebelah petang untuk kesan yang lebih baik Ulangi penggunaannya jika hujan dalam 6 jam selepas penyemburan Jika sembur pada bahagian batang atau akar tanaman yang tinggi dan besar, sukatan boleh digandakan untuk kesan/keputusan yang maksimu

No comments:

Post a Comment